Sunday, April 19, 2015

I HAVE NOTHING

pernah dengar tak lagu ni?
penyanyi dia Whitney Houston.
tapi sebenarnya bukan lagu ini atau penyayi ini yang aku nak perkatakan kat sini.
nama pun RUANGAN KHAS, maknanya khas untuk menceritakan tentang diri aku jelah... hahaha

korang pernah tak berasa sangat lonely?
ada kawan tapi macam biskut.
ada kekasih tapi kawan dia yang lebih penting.
ada family tapi seperti sendiri.

kadang-kadang aku pun ada juga perasaan macam ni.
tak tahulah sama ada aku je yang perasan atau memang hakikatnya begitu.
kadang2 aku terasa macam aku ni silap pilih kawan.
dan kadang2 aku terasa juga macam aku ni yang tak pandai berkawan.
entahlah...

pernah tak kau rasa yang kawan yang kau ada sekarang ni seperti menggunakan kau?
kalau rasa sunyi atau kalau kawan2 dia yang lain tak ada baru dia cari kau untuk berboraklah ajak pergi jalan2lah... itulah... inilah...
dan bila kawan2 dia yang lain dah ada, tinggallah kau sendiri...

pernah tak kau rasa yang kawan kau tu kawan kau sebab kau ada sesuatu.
macam dia kawan kau sebab kau ada kereta atau sebab kau ada something yang boleh dia manfaatkan.
dan bila kau kehilangan kelebihan atau bila dia rasa kelebihan yang kau ada dah tamat tempohnya dia pun carilah kawan lain...

ya memang tak dinafikan aku pun kadang2 ada juga terasa dengan kawan2 aku.
tapi bila dipikirkan balik aku ni bukanlah seorang yang SANGAT HEBAT untuk dijadikan kawan.
aku ni hanyalah manusia biasa yang sekarang ni tak punya lagi apa2 yang boleh dibanggakan.

tapi aku sangatlah rasa bersyukur sekiranya kawan2 yang aku ada hari ni boleh terima siapa diri aku, kelebihan dan kekurangan aku, mampu berhadapan dengan aku untuk tegur kebkhilafan yang aku lakukan terhadap diri dia atau orang lain.

mungkinlah semua perkara yang berlaku ni ada sebabnya.
mungkin sebabnya ada pada diri aku sendiri.
sama ada aku nampak atau tak.
sama ada aku sedar atau tak yang sebenarnya aku pun tak memberi seperti yang aku mahukan dari kawan2 aku.

-ruangan khas (20 April 2015)

No comments:

Post a Comment