Thursday, April 23, 2015

AKU JUGA MANUSIA

makin jauh aku berjalan, makin kuat aku rasakan yang aku ni hanya manusia biasa.
aku punya kekuatan yang boleh aku gunakan sebagai senjata dalam kehidupan ini.
dan aku juga punya kelemahan yang bisa menempangkan perjalananku.

kadang-kadang aku rasa yang diri aku sungguh angkuh dengan orang disekeliling aku.
padahal aku masih tiada apa-apa yang boleh dibanggakan.
kadang-kadang aku rasa yang orang disekeliling aku melakukan perkara yang tidak baik dibelakang aku.
padahal aku sendiri yang melakukan perkara itu terhadap mereka.
kadang-kadang aku rasa yang orang lain menjauhkan diri dari aku.
padahal aku yang tidak cuba mendekati mereka.

 wahai diri, engkau hanyalah manusia biasa yang sama seperti mereka.
jadi berubahlah, matanglah dan lihatlah dengan nyata.
jangan kau jumutkan akal dan pemikiran kau hanya kerana engkau merasakan diri kau lebih hebat dari mereka. 
sedangkan engkau tiada apa-apa.

persoalkanlah dalam dirimu itu.
dimanakah kedudukan mu dimata Maha Pencipta?
persoalkanlah dalam dirimu itu.
apakah yang engkau peroleh hasil daripada perbuatanmu itu?
persoalkanlah dalam dirimu itu.
sampai bila engkau mahu jadi begitu?

Monday, April 20, 2015

LUASKAN KUASAMU!!!!!

aku sebenarnya dah lama perhati kawan2 aku dari negeri lain ni.
aku tak tahulah kalau diaorang baca benda ni. kalau baca tu bagus juga kalau tak baca tu aku harap diorang akan baca...

back to the main issue tadi pasal aku perhatikan kawan2 aku dari negeri lain tu...
perhati apa???
perhatilah bila mereka cakap pasal negeri kelahiranku... JDT (JOHOR DARUL TAKZIM)

hahaha dulu aku memang terasa bila diaorang cakap pasal JD, tak kisahlah pasal bola, pasal Institusi Kesultanan atau pasal negeri Johor sendiri. cakap macam mana? lebih kepada sudut pandang yang negatiflah. kadang2 ada isu yang takda kena mengena pon pasal negeri Johor tapi masih lagi Johor juga yang dikaitkan. kelihatan seperti semua yang buruk tu datangnya dari Johor. 

Itu belum lagi cerita pasal bola. Sejak dua menjak JDFC ni melonjak naik dikancah liga bola sepak tempatan terasa makin kencang juga diaorang ni berborak pasal Johor. tak kiralah sama ada positif atau negatif. dari player sampailah pengurusan JDFC itu pun boleh jadi agenda perbualan. 

yang mana sembang pasal perkara positif tu sedaplah juga didengar. kalau pasal yang negatif tu emmm masuk telinga kanan keluar telinga kiri jelah... lagi-lagi kalau cerita pasal player JDT. kadang2 aku rasa diorang ni tak faham atau tak nak fahamlah yang bola sepak tu juga adalah salah satu cabang kerjaya. 

kalau dulu kalau diaorang cakap pasal JDaku pasti akan bersuara. tapi sekarang ni aku lagi suka diam dan tersenyum je. sebab apa? sebab aku rasa JDdah berjaya LUASKAN KUASAnya di Malaysia. 

Untuk pengetahuan ini adalah Bendera Negeri Johor Darul Takzim

eh, setiap daerah pun ada bendera juga???

yang ini pula pembahagian daerah di Negeri Johor Darul Takzim

Sunday, April 19, 2015

I HAVE NOTHING

pernah dengar tak lagu ni?
penyanyi dia Whitney Houston.
tapi sebenarnya bukan lagu ini atau penyayi ini yang aku nak perkatakan kat sini.
nama pun RUANGAN KHAS, maknanya khas untuk menceritakan tentang diri aku jelah... hahaha

korang pernah tak berasa sangat lonely?
ada kawan tapi macam biskut.
ada kekasih tapi kawan dia yang lebih penting.
ada family tapi seperti sendiri.

kadang-kadang aku pun ada juga perasaan macam ni.
tak tahulah sama ada aku je yang perasan atau memang hakikatnya begitu.
kadang2 aku terasa macam aku ni silap pilih kawan.
dan kadang2 aku terasa juga macam aku ni yang tak pandai berkawan.
entahlah...

pernah tak kau rasa yang kawan yang kau ada sekarang ni seperti menggunakan kau?
kalau rasa sunyi atau kalau kawan2 dia yang lain tak ada baru dia cari kau untuk berboraklah ajak pergi jalan2lah... itulah... inilah...
dan bila kawan2 dia yang lain dah ada, tinggallah kau sendiri...

pernah tak kau rasa yang kawan kau tu kawan kau sebab kau ada sesuatu.
macam dia kawan kau sebab kau ada kereta atau sebab kau ada something yang boleh dia manfaatkan.
dan bila kau kehilangan kelebihan atau bila dia rasa kelebihan yang kau ada dah tamat tempohnya dia pun carilah kawan lain...

ya memang tak dinafikan aku pun kadang2 ada juga terasa dengan kawan2 aku.
tapi bila dipikirkan balik aku ni bukanlah seorang yang SANGAT HEBAT untuk dijadikan kawan.
aku ni hanyalah manusia biasa yang sekarang ni tak punya lagi apa2 yang boleh dibanggakan.

tapi aku sangatlah rasa bersyukur sekiranya kawan2 yang aku ada hari ni boleh terima siapa diri aku, kelebihan dan kekurangan aku, mampu berhadapan dengan aku untuk tegur kebkhilafan yang aku lakukan terhadap diri dia atau orang lain.

mungkinlah semua perkara yang berlaku ni ada sebabnya.
mungkin sebabnya ada pada diri aku sendiri.
sama ada aku nampak atau tak.
sama ada aku sedar atau tak yang sebenarnya aku pun tak memberi seperti yang aku mahukan dari kawan2 aku.

-ruangan khas (20 April 2015)