Saturday, May 16, 2015

SEMANGAT YANG HILANG

semangat aku hilang hari ni bila tiba2 perasan kain yang aku beli secara dari kawan aku sebenarnya kain SUTERA satin.
seriously betul2 down...
dahlah kain tu cantik, nak buat pakai time raya kot...
berkobar-kobar aku nak pakai kalau dah siap jadi baju nanti...

kejap lagi aku search perkataan 'silk' dalam BM maksudnya SUTERA...
prghhhh... serabut kejap kepala otak...
terus down, hilang dah mood nak raya...

aku PM kawan aku tanya kain yg aku beli tu SUTERA satin ke?
dia pon cakap a'ah... 
dan dia pon terkejut dan baru sedar yg kain tu SUTERA satin...
dia punyalah minta maaf bagai...
aku lagi bertambah down...
lagi pon salah aku jugak sebab x serch awal2 maksud silk tu...

arghhh... ni xboleh jadi ni...
aku google kejap...
cari maksud satin silk dan hukum dia kalau org lelaki pakai...

Taraaaaaa.... sinar muncul kembali...
bila ada org kata satin silk ni SUTERA campuran...
maksudnya bukan 100% suteralah...
aku pon apa lagi searchlah hukum pemakaiannya bagi orang lelaki...
google punya google, dapat jawapan katanya...
kalau SUTERA 100% memang HARAM org lelaki pakai...
tapi kalau SUTERA campuran dah dikira bukan 100% sutera...
lelaki boleh pakai tapi tak digalakkan sebab jenis kain tu sendiri bersifat lembut mcm SUTERA asli...

aku lagi feeling down...
sebab dalam hati aku dah ada keraguan...
boleh pakai ke tak ni???
lagi sekali aku cuba cari kepastian dengan tanya mana2 ustaz dan org yang pakai dlm bab agama dan hukum hakam ni...
aku PMlah ustaz2 yg aku follow kat twitter tu... 
hampeh tak da respon pulak...
pastu teringat pulak aku kat sorang ustaz ni...
dia mengajar aku PI time aku kat sekolah dulu...
nak tahu jawapan dia??
ni jawapan dia.... 


maka kembalilah semula keyakinan aku dengan kain tu...
yea!!!!!!!!

post kali ni sebenarnya bukannya nak cerita benda2 yg kat atas tu...
tapi lebih kepada nak sampaikan mesej ni..

"tak pe kan kalau kita tak tahu atau ada kemusykilan kita bertanya kat org yang lebih arif, daripada kita terus diselubungi persoalan2 yg tak tahu jawapannya dan terus stark dan buntu dengan jawapan kita sendiri"

samalah mcm lirik lagu SEMANGAT YANG HILANG by XPDC ...
"malu bertanya kawan, sesat cari jalan pulang"...

sekian dulu....
bye...

Tuesday, May 5, 2015

SESAL SEPARUH NYAWA

apa yang korang rasa, ada kelas tapi cuma hari issnin sampai rabu je...
khamis sampailah ahad freeeeeee giler masa...
tapi kerja masih berlambak tak siap lagi.
due date dah nak dekat dah ni...
kerja x settle lagi...

time masa banyak bukan main lagi ko meronggeng ke hulu ke hilir mcm xda kerja...
dah nak minggu akhir baru ko kelang kabut nak buat...
kalau satu kerja tak pelah lagi...
ini bertimbun wea...

BANGONNN lah dari lena!!!!
jangan ko sesal separuh nyawa pulak nanti...
berputih mata tengok org lain naik stage berkonvo bagai ko masih lagi dok menyiapkan kerja ko...
sesal dulu pendapatan, sesal kemudian ko duduk lah kat U ni buat projek ko yang tak siap tu...

masa masih ada lagi...
lawau pun kian suntuk...
semoga dapat ko manfaatkan untuk siapkan semua tugasan yang diberi...
yang wajib tu hah FYP...
yang lain pon ko buat jugak, jangan dok menangguh je lagi...
ada FAHAMMMMMM????

Thursday, April 23, 2015

AKU JUGA MANUSIA

makin jauh aku berjalan, makin kuat aku rasakan yang aku ni hanya manusia biasa.
aku punya kekuatan yang boleh aku gunakan sebagai senjata dalam kehidupan ini.
dan aku juga punya kelemahan yang bisa menempangkan perjalananku.

kadang-kadang aku rasa yang diri aku sungguh angkuh dengan orang disekeliling aku.
padahal aku masih tiada apa-apa yang boleh dibanggakan.
kadang-kadang aku rasa yang orang disekeliling aku melakukan perkara yang tidak baik dibelakang aku.
padahal aku sendiri yang melakukan perkara itu terhadap mereka.
kadang-kadang aku rasa yang orang lain menjauhkan diri dari aku.
padahal aku yang tidak cuba mendekati mereka.

 wahai diri, engkau hanyalah manusia biasa yang sama seperti mereka.
jadi berubahlah, matanglah dan lihatlah dengan nyata.
jangan kau jumutkan akal dan pemikiran kau hanya kerana engkau merasakan diri kau lebih hebat dari mereka. 
sedangkan engkau tiada apa-apa.

persoalkanlah dalam dirimu itu.
dimanakah kedudukan mu dimata Maha Pencipta?
persoalkanlah dalam dirimu itu.
apakah yang engkau peroleh hasil daripada perbuatanmu itu?
persoalkanlah dalam dirimu itu.
sampai bila engkau mahu jadi begitu?

Monday, April 20, 2015

LUASKAN KUASAMU!!!!!

aku sebenarnya dah lama perhati kawan2 aku dari negeri lain ni.
aku tak tahulah kalau diaorang baca benda ni. kalau baca tu bagus juga kalau tak baca tu aku harap diorang akan baca...

back to the main issue tadi pasal aku perhatikan kawan2 aku dari negeri lain tu...
perhati apa???
perhatilah bila mereka cakap pasal negeri kelahiranku... JDT (JOHOR DARUL TAKZIM)

hahaha dulu aku memang terasa bila diaorang cakap pasal JD, tak kisahlah pasal bola, pasal Institusi Kesultanan atau pasal negeri Johor sendiri. cakap macam mana? lebih kepada sudut pandang yang negatiflah. kadang2 ada isu yang takda kena mengena pon pasal negeri Johor tapi masih lagi Johor juga yang dikaitkan. kelihatan seperti semua yang buruk tu datangnya dari Johor. 

Itu belum lagi cerita pasal bola. Sejak dua menjak JDFC ni melonjak naik dikancah liga bola sepak tempatan terasa makin kencang juga diaorang ni berborak pasal Johor. tak kiralah sama ada positif atau negatif. dari player sampailah pengurusan JDFC itu pun boleh jadi agenda perbualan. 

yang mana sembang pasal perkara positif tu sedaplah juga didengar. kalau pasal yang negatif tu emmm masuk telinga kanan keluar telinga kiri jelah... lagi-lagi kalau cerita pasal player JDT. kadang2 aku rasa diorang ni tak faham atau tak nak fahamlah yang bola sepak tu juga adalah salah satu cabang kerjaya. 

kalau dulu kalau diaorang cakap pasal JDaku pasti akan bersuara. tapi sekarang ni aku lagi suka diam dan tersenyum je. sebab apa? sebab aku rasa JDdah berjaya LUASKAN KUASAnya di Malaysia. 

Untuk pengetahuan ini adalah Bendera Negeri Johor Darul Takzim

eh, setiap daerah pun ada bendera juga???

yang ini pula pembahagian daerah di Negeri Johor Darul Takzim

Sunday, April 19, 2015

I HAVE NOTHING

pernah dengar tak lagu ni?
penyanyi dia Whitney Houston.
tapi sebenarnya bukan lagu ini atau penyayi ini yang aku nak perkatakan kat sini.
nama pun RUANGAN KHAS, maknanya khas untuk menceritakan tentang diri aku jelah... hahaha

korang pernah tak berasa sangat lonely?
ada kawan tapi macam biskut.
ada kekasih tapi kawan dia yang lebih penting.
ada family tapi seperti sendiri.

kadang-kadang aku pun ada juga perasaan macam ni.
tak tahulah sama ada aku je yang perasan atau memang hakikatnya begitu.
kadang2 aku terasa macam aku ni silap pilih kawan.
dan kadang2 aku terasa juga macam aku ni yang tak pandai berkawan.
entahlah...

pernah tak kau rasa yang kawan yang kau ada sekarang ni seperti menggunakan kau?
kalau rasa sunyi atau kalau kawan2 dia yang lain tak ada baru dia cari kau untuk berboraklah ajak pergi jalan2lah... itulah... inilah...
dan bila kawan2 dia yang lain dah ada, tinggallah kau sendiri...

pernah tak kau rasa yang kawan kau tu kawan kau sebab kau ada sesuatu.
macam dia kawan kau sebab kau ada kereta atau sebab kau ada something yang boleh dia manfaatkan.
dan bila kau kehilangan kelebihan atau bila dia rasa kelebihan yang kau ada dah tamat tempohnya dia pun carilah kawan lain...

ya memang tak dinafikan aku pun kadang2 ada juga terasa dengan kawan2 aku.
tapi bila dipikirkan balik aku ni bukanlah seorang yang SANGAT HEBAT untuk dijadikan kawan.
aku ni hanyalah manusia biasa yang sekarang ni tak punya lagi apa2 yang boleh dibanggakan.

tapi aku sangatlah rasa bersyukur sekiranya kawan2 yang aku ada hari ni boleh terima siapa diri aku, kelebihan dan kekurangan aku, mampu berhadapan dengan aku untuk tegur kebkhilafan yang aku lakukan terhadap diri dia atau orang lain.

mungkinlah semua perkara yang berlaku ni ada sebabnya.
mungkin sebabnya ada pada diri aku sendiri.
sama ada aku nampak atau tak.
sama ada aku sedar atau tak yang sebenarnya aku pun tak memberi seperti yang aku mahukan dari kawan2 aku.

-ruangan khas (20 April 2015)